Untuk kualiti penglihatan yang baik, amalkan pengambilan buah beri dan Vitamin A. Kebanyakan buah beri (yang mengandungi warna-warna seperti merah, oren, biru atau ungu) sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat kepada kesihatan mata. selain itu, beta karoten yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau dan buah-buahan oren/kuning terbukti mampu mengekalkan kesihatan mata dan melindunginya daripada masalah penglihatan. beta karoten ini akan ditukarkan kepada Vitamin A di dalam badan. Makanan- makanan yang mengandungi beta karoten adalah seperti bayam, labu, lobak merah, mangga, prun dan betik...